|
||||||||||||
![]() |
||||||||||||
|
||||||||||||
|
||||||||||||
![]() Call/sms/Whatapps : 012-6163110
|
||||||||||||
![]() |
||||||||||||
![]() |
![]() |
||||||
ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut. Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut. Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya. Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter. Masalah Anai Anai Perihal mengenai anai-anai: Sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung. Koloni anai-anai terdiri daripada permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru. Ubat anai-anai atau Racun anai anai yang biasa ialah jenis cecair, biasanya digunakan di ladang-ladang. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang kembali. Salah satu cara lebih berkesan ialah mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah seribu ringgit. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya. Kaedah terkini ialah kaedah umpanan. Pengguna boleh melakukannya sendiri di rumah dengan belanja yang berpatutan. Caranya mudah sahaja, cuma Tampalkan kotak umpan TermitesDIY di sepanjang 'lumpur terowong atau jalan anai-anai (terowong anai anai) atau tempat anai-anai berkumpul(biasanya di bawah kotak, kayu dan lain-lain) |
![]() |
|||||
|